AMARAN: Kisah drama medikal dan masyarakat ini tidak ada kena-mengena dengan mereka yang telah hidup atau masih berada di alam kuburan. Hanya diinspirasikan sahaja dari kisah semasa realiti rakyat yang kini sedang tular kala ini.
* * *
Pada suatu hari ada seorang doktor bernama Doktor Bruce (bukan nama sebenar).
Doktor Bruce adalah seorang penjawat awam yang berkhidmat di sebuah hospital yang berada luar dari kawasan Lembah Kelang.
Hendak dijadikan cerita, tidak semena-mena Doktor Bruce dikunjungi oleh dua orang pesakit ‘luarbiasa’ yang berkemungkinan besar atau barangkali jarang melawat doktor di hospital milik kerajaan.
Dua orang pesakit tadi tiba-tiba membuat hal kerana tidak tahu hukum melawat doktor kerajaan di hospital kerajaan. Mereka hilang sabar. Doktor Bruce pun hilang sabar dan mula menaikkan suara sambil sedikit demi sedikit wajahnya kelihatan berubah menjadi hijau. Dua orang pesakit tadi pun mengeluarkan telefon pintar mereka merakam drama kehidupan yang berlaku itu.
Judul tentatif drama ini adalah “Retaliasasimu.. Retaliasasiku Jua”.
Drama ini masih berlangsung dan seperti biasa sedang mendapat rating tinggi di kalangan netizen dan warganet semasa sedang mengeteh, mengular serta menyekik di serata ceruk mapley dan kedai makan pada waktu rehat makan tengahari atau sesi membawang.
Dapatkah anda teka apakah kesudahan drama medikal aras tinggi ini?
p/s: Mohon jangan komen atau jawab sekiranya anda seorang insan bertamadun yang sedar diri dan hidup pada tahun 2020. Terima kasih.