Mungkin ada yang tahu. Mungkin ada yang tidak tahu benda ni.
Tapi atas nama kebenaran dan pencerahan, penulis akan kongsikan jua demi kemaslahatan ummah.
Sebelum wujudnya penyakit atau virus berbahaya yang mengorbankan ribuan malahan jutaan nyawa di muka bumi ini seperti penyakit Malaria, Polio, Aids dan terbaru Corona: Tahukah anda sudah berdiri dan berjalan sejenis virus yang jauh lebih merbahaya, jauh lebih ganas, jauh lebih rakus dan jauh lebih gori dari semua itu.
Cuma bezanya virus ini ia berevolusi dari zaman ke zaman serta masih malar ‘degil’ untuk dibasmi apatah lagi dihapuskan daripada menyerang kita semua walaupun sudah siap-sedia berpenawar.
Virus ini sangat licik.
Virus ini ada yang pandai. Virus ini ada yang bodoh. Virus ini ada yang cantik. Virus ini ada yang hodoh. Virus ini ada di depan, di belakang, di kiri, di kanan, di sisi dan di sekeliling kita sejak hari pertama manusia diliahirkan.
Kala ini, virus ini sangat aktif menular dan tertular di akaun-akaun media sosial seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Ia menyerang tidak kira masa dan ketika.
Anda mahu tahu apa nama virus ini?
Amat mengejutkan sekali ia hadir dengan terlalu banyak nama dan label.
Cukuplah setakat serta sekadar ini saya gelarkan penghidap virus ini sebagai ‘Nerakazen’.
p/s: Cukup 1,000 likes dan share nanti — InsyaAllah entri minggu hadapan penulis akan ceritakan asal-usul golongan penghidap di atas. Boleh?
FM.