Search

#INFOGRAFIK | 10 Jenis Pengguna Media Sosial

Pengguna media sosial yang aktif dan lebih suka mendengar serta membaca secara senyap. Mereka mungkin akan ikuti segala entri anda tetapi itu tidak semestinya mereka akan klik butang ‘like’. Komen juga agak berharga dan setiap satu entri pada dinding media sosial mereka sering unik atau disalah erti.

Mempunyai semangat dan kemahuan tinggi untuk melakukan perubahan. Mereka sedar akan kuasa media sosial dan komited untuk menyuarakan pendapat mereka dalam apa jua situasi supaya niat dan matlamat mereka tercapai.

Individu atau kumpulan seperti ini sering “menjual” entri mereka atas tiket “konten berkualiti” tetapi ia adalah sebaliknya. Mereka juga adalah golongan yang kerap menghantar mesej-mesej berbentuk promosi terus ke dalam kotak inbox memandangkan anda sudah sedia ada dalam lingkungan “kawan” Facebook anda.

Kelompok yang begitu menarik perhatian ramai dan positif sifatnya yang memberi nilai dalam media sosial secara tulen. Kerana minat mendalam dan semangat tinggi dalam sesuatu perkara atau topik, jenis pengguna media sosial ini fokus kepada masa mereka berkongsi minat mereka kepada pengguna media sosial yang lain.

Golongan media sosial ini pula tidak pernah berhenti untuk mempamerkan dan membuktikan betapa kecilnya alam digital dengan gemar meletakkan ‘tag’ nama anda dan orang lain (sama ada kenal rapat atau biasa-biasa) pada entri gambar mereka. Sehari tidak melakukannya.. mereka akan resah gelisah hingga tidak tidur malam!

Indivisu seperti ini sentiasa berusaha untuk melanggar etika bermedia sosial, sama ada anda sukakannya atau tidak. Mereka tidak pedulikan sensitiviti umum dan relevan sesuatu isu. Selalunya menekan butang ‘block’ adalah hukum wajib untuk mengajar mereka dari bermaharajalela.

Hanya segelintir atau kurang 1% sahaja manusia di muka bumi ini mencipta konten asli. ‘Influencer(s)’ adalah kumpulan individu yang sentiasa melahirkan konten berkualiti tinggi dan berkongsi pengetahuan kepada komuniti media sosial mereka. Meraka mempunyai semangat luarbiasa dalam sebarang topik kegemaran dan gemar membantu dalam memberikan pencerahan. Mereka benar-benar faham konsep total ‘konten berkualiti’ dan menganggapnya umpama oksigen setiap hari.

‘Early Adopter(s)’ atau pendatang awal merupakan kelompok paling terdahulu masuk ke dalam Facebook, Instagram, Twitter dan pelbagai lagi media sosial popular sebelum ia menjadi “mainstream”. Dan mereka juga akan kerap kali mengingatkan kita menerusi entri-entri mereka bahawa mereka adalah yang terawal. Kelompok unik ini jugalah yang akan mendahului dalam menguasai platform media sosial terbaharu jauh lebih dahulu daripada kita semua berbulan-bulan daripada sekarang.

Mereka ini adalah golongan yang suka membina kenalan dengan kaedah paling praktikal di media sosial. Mereka suka berkomunikasi dengan semua orang di media sosial, tidak kira apa pun status hubungan. Malah pada era sebelum kedatangan telefon pintar dan gajet canggih pada zaman sekarang, mereka adalah individu-individu yang suka mengumpul nombor-nombor telefon menerusi buku telefon kecil bersaiz poket di dalam saku.

Golongan ini sebenarnya memilih untuk mengasingkan diri dari teknologi terkini tetapi jatuh cinta pada media sosial apabila tersedar mereka sebenarnya boleh berhubungan dengan ahli keluarga mereka dari serata ceruk rantau dunia seolah-olah mereka berada di hadapan mata. Tradisionalis dan amat konservatif.

Artikel Berkaitan

Enquire Now

Hye, There

welcome Aboard

Elyzian

Courses

News

Projects

Our Services

About

Contact

Training

Team

Video

WhatsApp

Call

Mail

All Courses

News & Article

Terima Kasih

Pendaftaran anda telah berjaya dihantar. Sila semak emel anda untuk mendapatkan link Zoom bagi Webinar ini

Confirmation

Click confirm button below to submit the form