#INFOGRAFIK | 10 Syarikat Telefon Pintar Terbesar Di Dunia!

Samsung terus mendahului dalam memenuhi permintaan pasaran telefon pintar global. Walaupun syarikat gergasi dari Korea Selatan itu mengalami sedikit kejatuhan tahunan sebanyak 8%, namun pada penghujung 2018, ia masih berjaya menguasai 19% daripada perkongsian pasaran.

Di kedudukan kedua secara global ialah Apple. Pembuat iPhone itu menguasai 14% pecahan pasaran pada tahun 2018 dan turut mengalami sedikit kejatuhan jualan pada kadar 4%.

Huawei berada di posisi ketiga dengan jenama yang berasal dari China itu menyaksikan kenaikan jualan sebanyak 34% pada tahun lalu, dengan penguasaan 14% perkongsian pasaran jualan secara global.

Di tempat keempat masih lagi sebuah syarikat China iaitu Xiaomi, dengan sebanyak 8% pecahan pasaran dan lonjakan 26% dalam capaian jualan pada tahun 2018.

Oppo berada dalam kedudukan kelima dengan pecahan pasaran dan keuntungan global sebanyak 8% pada tahun 2018. Syarikat ini juga berasal dari China.

Di nombor enam pula adalah syarikat berkembar Oppo iaitu Vivo. Oppo, OnePlus, dan Vivo bernaung di bawah satu jata syarikat iaitu BBK International. Ia menyaksikan lonjakan sebanyak 3% sepanjang jualan tahunan 2018 dan pecahan pasaran global pada kadar 7%.

Nasib LG dalam pasaran terbuka telefon pintar mungkin tampak goyah, namun ia tetap masih berada dalam kedudukan baik dan selamat. Walau bagaimanapun, kejatuhan besar sebanyak 26% pada tahun lalu agak ketara dan hanya berjaya meraih 3% dari pecahan pasaran global.

Masih lagi di bawah pengeluar China adalah Lenovo pada posisi kelapan. Syarikat ini memegang 3% pecahan pasaran pada tahun 2018 termasuk Motorola dengan kejatuhan jualan sebanyak 23%.

Pencapaian jualan terbaik pada tahun 2018 adalah milik HMD Global. Syarikat yang memiliki jenama Nokia ini mencatat lonjakan jualan luar biasa pada kadar 126% walaupun hanya merangkumi 1% sahaja untuk perkongsian pasaran global.

Kedudukan kesepuluh jatuh kepada Tecno Mobile. Syarikat ini menyaksikan kenaikan jualan sebanyak 32% sepanjang 2018 dengan pecahan pasaran pada kadar 1%.

Sumber: GadgetsNow

Our bespoke IT training and consultancy services are tailored to meet the unique needs of your business, empowering your teams to turn obstacles into opportunities.

Contact Us

  • 011.3703.7207 (WhatsApp)
  • elyzian.interactive [at] gmail.com
  • Mon to Fri, 9:00am to 5:00pm
  • H-9, 2, Jalan PP 25, Putra Walk, 43300 Seri Kembangan, Selangor
© 2017 - Elyzian Interactive PLT. All rights reserved.