#TIPTOP5 +1 | Menjadi Instafamous

Lihat kembali apa nama yang digunakan di Instagram. Adakah ianya menarik? Adakah ianya menggambarkan tentang diri kita atau apa yang nak kita ketengahkan melalui akaun Instagram tersebut? Kalau nama yang dipilih dah ok, terlebih dahulu kalau akaun Instagram kita di set kepada “private”, itu perkara pertama yang patut diubah. Go Public!! Tak ada orang yang dapat tengok gambar kita kalau akaun kita tu private melainkan kita memang mahukan akaun peribadi. Perbanyakkan berkongsi gambar tentang aktivti peribadi anda setiap hari kerana untuk menjadi popular, anda perlu sentiasa untuk highlight diri sendiri terlebih dahulu agar dikenali. So sekarang ni ramai followers yang tak suka pada akaun yang PRIVATE, ni memang adalah fakta.

Kita perlu fahami tentang mereka yang ingin follow kita di Instagram lebih suka untuk tengok gambar atau video yang cantik-cantik sahaja keluar di timeline mereka. Jadi tiba masa untuk kita mula menilai kembali apa gambar yang dikongsikan sama ada cantik atau tidak. Kalau gambar semua kabur atau pecah, boleh mula consider untuk tukar kamera atau phone baru yang mempunyai kamera lebih cantik.Gambar yang dikatakan “smart” ini adalah gambar semula jadi seperti bunga, pokok , sungai dan sebagainya.

Untuk gambar, cuba untuk tampil lebih berani! Ambil masa untuk edit gambar sebaik mungkin terlebih dahulu sebelum berkongsi ke Instagram. Pelbagai aplikasi boleh digunakan antaranya VSCO, Snapseed, Afterlight, Aviary, Facetune, dan sebagainya. Pilih tema akaun anda sama ada ingin tampil dengan gambar-gambar yang minimalis, tema warna sama rata, dan sebagainya. Biasanya akaun yang mempunyai tema dan gambar yang menarik akan lebih mudah mendapat followers setia mereka yang tersendiri.Tapi admin sarankan lebih baik korang gunakan apps VSCO. Apps ni mendapat sambutan ramai di kalangan pengguna Instagram.

Jangan main upload sahaja gambar ikut kita suka. Masa untuk gambar dimuat-naik sangat memainkan peranan besar. Menurut statistik, pengguna Instagram akan mula aktif pada jam 8 pagi hingga 12 tengah malam. Ini bermakna hanya kongsikan gambar di Instagram dalam tempoh waktu tersebut sahaja. Harus diingat komen bagi setiap post biasanya hanya berjalan dalam tempoh 24 jam sahaja sebelum gambar tersebut tidak lagi menerima respon dari followers anda. Kesilapan memuat-naik pada waktu yang tak sepatutnya hanya membuatkan anda rugi kerana capaian gambar tersebut tidak sampai sepenuhnya kepada followers Instagram anda serta “LIKER”.

Instagram membolehkan kita untuk meletakkan hashtag pada ruangan caption. Jadi gunakan fungsi ini sebaiknya tetapi jangan sesekali menyalahguna dengan meletakkan hashtag yang tidak berkaitan. Ini salah satu cara terbaik untuk mendapatkan followers baru dengan menarik perhatian mereka yang langsung tidak mengetahui tentang anda. Jadi jangan lupa selitkan mana-mana hashtag yang berkaitan ke dalam post Instagram anda seperti #love, #cute, #girl, #instagood, #photooftheday, dan lain-lain.

Our bespoke IT training and consultancy services are tailored to meet the unique needs of your business, empowering your teams to turn obstacles into opportunities.

Contact Us

  • 011-3703 7207 (WhatsApp)
  • elyzian.interactive [at] gmail.com
  • Mon to Fri, 9:00am to 5:00pm
  • H-9, 2, Jalan PP 25, Putra Walk, 43300 Seri Kembangan, Selangor
© 2017 - Elyzian Tech Sdn. Bhd. 202501018400 (1619814-K). All rights reserved.

#TIPTOP5 +1 | Menjadi Instafamous