Apabila manusia berkomunikasi di atas talian, mereka tidak berinteraksi dengan anda; mereka berinteraksi dengan skrin komputer. Komputer sangat cemerlang dalam menyebarkan mesej anda kepada berjuta-juta rangkaian online seperti sosial media dan aplikasi tetapi ia amat mengerikan dalam menjadikan ‘memanusiakan’ niat dan hasrat kita.
Skrin komputer tidak mendigital dan ‘merobotkan’ kita.
Apabila kita tidak bersetuju atau berasa terancam dengan apa yang dihantar, ketahuilah bahawa mereka tidak bertindak balas terhadap seseorang, mereka bertindak balas terhadap skrin. Skrin komputer tidak mempunyai perasaan dan ia tidak menyakiti. Sehinggakan kita lupa bahawa ada orang di belakang skrin itu.
Dunia kadangkala boleh menjadi kejam dan kita semua memerlukan validasi.
Ego kita sangat rapuh sehingga apabila seseorang memberi kita kritikan, kita menganggap mereka menyerang kita. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan anda, ada sesuatu yang kita boleh pelajari di sini. Sekiranya ia menyakitkan hati, ada kemungkinan kita jenis mudah terasa. Mungkin juga kita marah kerana ianya betul, walaupun sikap mereka tadi ‘melampau’
Fikirkan kritikan online sebagai peluang yang terbuka untuk membaiki diri. Mungkin ada kebenaran dalam setiap kritikan yang boleh membuatkan kita dan hasil kerja kita lebih baik.
Ingat: pengkritik atau ‘haters’ kita bercakap dengan skrin komputer.
Kelebihannya di sini adalah apabila anda dapat menunjukkan kepada mereka bahawa anda adalah manusia.
Jangan bungkam berundur diri atau niat membalas dendam. Sebaliknya, respon dengan berhemah, punya kelas dan kerendahan hati. Jelaskan dengan rasional. Jika bersesuaian, minta maaf kepada pengkritik yang tidak dapat menilai nilai kerja anda. Tunjukkan nilai kemanusiaan anda.
Kita akan terkejut seberapa kerap “pembuli-pembuli” ini terkesima apabila diberikan perhatian.
Kita tahu apabila sedang “naik angin”, begitu mudaa juga kebencian hadir meluap-luap. Kebanyakan orang yang menyukai karya dan hasil kerja anda tidak akan memberi komen mengenainya. Mereka akan berkongsi artikel anda tetapi kebanyakannya hanya akan bersikap kasiual dan meneruskan hidup tanpa sebarang komitmen untuk kerja-kerja anda yang seterusnya.
Tetapi sebenarnya ia lebih daripada yang kita sangkakan. Menurut kajian, manusia lebih cenderung mengingati kritikan negatif daripada pujian positif. Jadi walau sudah mendapat maklum balas positif, kita lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada yang negatif.
Bak kata pepatah Melayu lama: “Buanglah yang keruh.. Ambil yang jernih”