#TIPTOP5 | Konten Media Sosial Kesukaan Ramai!

1. Konten Visual

Ini adalah entri paling mudah dan praktikal sekali yang boleh dilakukan oleh semua orang. Konten visual adalah konten yang hanya memerlukan sebarang foto atau video dengan kapsyen minimal. Kerana perkongsian semacam ini akan menarik lebih ramai orang memerhatikan entri kita di media sosial kerana ia lebih cepat ‘ditangkap’ oleh mata.

Antara contoh yang lazim adalah entri makanan dan foro-foto di majlis terbuka seperti kenduri, harijadi dan rumah terbuka Hari Raya.

2. Konten Infografik

Perkongsian data, senarai dan carta berbentuk infografik sangat bermanfaat sekiranya anda mempunyai daya serta tahap ingin tahu tinggi setiap masa. Dari berita terbaru yang sedang panas diperkatakan di media sosial sehingga keputusan sukan semasa dapat diterjemahkan dalam bentuk infografik menarik.

3. Konten Tips dan Panduan

Ada yang berpendapat bahawa konten seperti tips dan panduan adalah bermusim sahaja. Sebenarnya konten seperti ini adalah amat menarik perhatian ramai di sosial media kerana tips dan panduan boleh jadi berbeza-beza berdasarkan pengalaman atau pengetahuan individu yang berkongsi itu.

4. Konten Berepisod

Ada di antara kita yang gemar dan mengikuti segala macam drama bersiri atau filem bersekuel dan bersambung-sambung di pawagam. Begitu juga halnya dengan pola pembaca dan pengikut di media sosial. Konten yang berepisod dan mempunyai kesinambungan amat mudah menjadi ikutan.

5. Konten Kisah Benar

Sudah menjadi fitrah dan sifat psikologikal/sosiologikal manusia diciptakan dengan rasa ingin tahu sentiasa.

Dari peringkat usia kanak-kanak sehinggalah dewasa, kita memang mahu ambil pusing apa yang berlaku di sekeliling kita walaupun sebenarnya ia tidak melibatkan urusan peribadi kita secara langsung. Kerana itulah di negara kita ini sekiranya diamati secara umum, berita hiburan dan politik amat digemari oleh semua golongan masyarakat.

Our bespoke IT training and consultancy services are tailored to meet the unique needs of your business, empowering your teams to turn obstacles into opportunities.

Contact Us

  • 019 - 245 9802 (WhatsApp)
  • hq [at] elyzian.xyz
  • Mon to Fri, 9:00am to 5:00pm
  • H-9, 2, Jalan PP 25, Putra Walk, 43300 Seri Kembangan, Selangor
© 2017 - Elyzian Tech Sdn. Bhd. 202501018400 (1619814-K). All rights reserved.

#TIPTOP5 | Konten Media Sosial Kesukaan Ramai!