Pastikan perisian anda sentiasa dikemaskini terutama sekali perisian keselamatan. Sekiranya kemaskini automatik adalah satu opsyen buat anda, pastikan ia di'hidup'kan sentiasa. Ini bagi memudahkan juga urusan anda kemudia hari bagi mengelakkan sebarang bencana yang tidak diduga apabilam menggunakan internet dan apa sahaja yang sewaktu dengannya,
Cipta kata laluan yang kuat dan panjang. Gunakan abjad, nombor atau karakter khas yang menggabungkan kesemuanya. Hidupkan juga pengesahan dua faktor (two-factor authentication) sekiranya ada. Gunakan kata laluan unik untuk setiap akaun, sama ada untuk media sosial, e-mail dan sebagainya.
Hapuskankan emel yang mencurigakan. Jangan bukan sebarang pautan atau lampiran melainkan anda benar-benar yakin ianya selamat. Waspada setiap kali melayari laman web baharu yang tidak dikenalpasti. Elakkan klik 'OK'atau 'YES' sembarangan!
Tidak kira sama ada anda di mamak, hotel atau di dalam kapal terbang, percayalah bahawa ada orang yang dapat menghidu trafik anda di atas talian. Gunakan rangkaian internet peribadi sekiranya anda mahu melakukan urusniaga sensitif seperti operasi kewangan dan perkongsian butiran peribadi.
Sesuaikan dan padankan tetapan peribadi secara kustom pada semua servis menerusi internet yang digunakan. Jangan hanya berharap pada default. Jaga-jaga apabila memasukkan atau berkongsi maklumat peribadi atau sensitif di atas talian kerana risikonya tetap ada.