Pemasaran online bermaksud urusan jual beli atas talian. Jualan dilakukan menerusi laman web atau media sosial. Ia bergantung pada strategi pemasaran seseorang dan jenis produk yang dijual.
Asas utama dalam perniagaan internet ini ialah dengan mempunyai laman web sendiri. Laman web ini akan berfungsi sebagai tapak atau kedai yang beroperasi 24jam untuk pelanggan mengakses dan kunjungi.
Banyak lagi fungsi lain yang anda boleh lakukan menerusi laman web ini seperti mengumpul “database” dan menyusun strategi (funnel) untuk memasarkan produk anda,
Platfom e-Commerce ini biasanya anda boleh melihat di dalam laman web seperti Aliexpress, Lazada, Shopee dll. Pelanggan anda boleh buat pembelian mengunakan debit atau
kad kredit.
Platfom seperti Facebook, Instagram, Twitter,
dll adalah laman sosial masa kini mempunyai pengikut yang ramai. Media sosial ini memang sesuai sangat untuk tujuan “branding” dan juga “awareness”.
Pastikan urusan jual beli yang di jalankan membawa pelanggan ke laman web anda kerana mereka boleh mendapatkan info terkini dan sekaligus menjadikan laman web anda di kenali.
Untuk meluaskan lagi jajahan anda dalam dunia digital, anda sememangnya wajib untuk letakkan produk / servis anda di Marketplace seperti Lazada, Mudah.my, Lowyat Forum, Lelong.my, Ebay, dan lain-lain.
Tujuannya adalah untuk memudahkan bakal
pelanggan anda jumpa produk atau servis yang anda tawarkan itu. Platfom seperti ini memang ada mempunyai “high traffic” yang masuk hari-hari.