1.Bulatkan Tekad Untuk Menjadi Programmer
Jika ingin memulakan sesuatu, tekad yang bulat adalah perkara utama. Sentiasa tanyakan pada diri sendiri adakah kita benar-benar serius untuk menceburi dunia programming, atau sekadar mengikut trend?
Sejak kebelakangan ini, kerjaya sebagai programmer semakin mendapat perhatian kerana menawarkan gaji yang lumayan. Hal ini menyebabkan ramai individu ingin beralih profesion ke bidang ini.
Namun, apabila mula belajar programming, ramai yang menyedari bahawa ia tidak semudah yang dibayangkan. Oleh itu, tanamkan tekad yang tinggi, bersedia untuk terus belajar dan menghadapi cabaran agar dapat berjaya dalam dunia programming.
2.Fahami Istilah Dunia Programming, Bahasa Programmer dan Coding
Setelah tekad dipasang dalam diri, untuk menjadi seorang programmer, kita haruslah mempelajari istilah-istilah programming. Ini amat penting kerana dalam dunia programming, terdapat beribu istilah yang harus dipelajari.
Istilah-istilah programming biasanya akan lebih mudah difahami apabila kita mula mempelajari kod asas sesuatu program. Sebelum mula menulis kod, kita harus memilih dahulu bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan.
Pada masa kini, terdapat banyak bahasa pengaturcaraan. Jika sudah menguasai satu bahasa, barulah belajar bahasa lain. Pemilihan bahasa ini boleh disesuaikan dengan fokus yang ingin diambil.
Jika sudah memilih satu bahasa programming dan ingin fokus menjadi programmer web, mobile, atau desktop, maka langkah seterusnya adalah mempelajari bahasa tersebut dari asas.
Beberapa Teknik Belajar yang Boleh Diikuti:
3.Membuat Program Aplikasi Sederhana
Asas ‘programming’ yang telah dipelajari dan dikuasai tidak akan bermakna jika tidak dipraktikkan melalui pembangunan program-program sederhana.
Ketika mempelajari pemprograman Android menggunakan Android Studio, kita boleh mencuba membangunkan beberapa aplikasi sederhana seperti:
Hal tersebut dilakukan supaya kita terbiasa dan memahami struktur pembinaan aplikasi. Sehingga ketika ingin membuat aplikasi besar (kompleks) sudah tidak menjadi rumit lagi.
4.Buat Portofolio yang Menarik
Setelah aplikasi sederhana berjaya dihasilkan, dapatkan pandangan dari orang lain dengan cara berkongsi berkaitan program tersebut. Ini adalah bagus kerana, kita dapat mengetahui kekurangan dan sekaligus memperbaiki segala kelemahan pada aplikasi kita.
Salah satu cara untuk berkongsi ialah dengan membuat portfolio dalam talian yang menarik. Portfolio dalam talian boleh dibuat dengan cara percuma ataupun berbayar. Jika ingin yang percuma, kita boleh membuat website portfolio menggunakan wordpress.com atau blogger.com.
Sekiranya anda mempunyai modal untuk membeli domain sendiri maka adalah lebih baik untuk membuat website atau blog domain yang berbayar.
Semakin menarik portfolio kita, maka penilaian orang terhadap skill programming kita juga semakin tinggi.
5.Cari Projek Melalui ‘Group’ Percuma
Setelah memiliki skill yang cukup sebagai progmmer, cuba mencari projek dari group atau forum percuma untuk mengembangkan lagi skill, ilmu dan menambah pengalaman dunia programming anda.
Kongsikan juga didalam ‘group’ media sosial seperti Facebook, Instagram, LinkedIn dan lain-lain saluran hasil kerja programming atau projek yang telah anda lakukan.
Menjadi programmer banyak cabarannya. Namun, jika ada tekad dan keazaman, cita-cita ini tak mustahil akan tercapai.