5 Aplikasi Mobile Pilihan Rakyat Malaysia

Ramai yang gemar menghabiskan masa di telefon pintar, sama ada menonton video, membalas pesanan, menyunting gambar, atau bermain permainan. Semestinya, setiap individu mempunyai aplikasi kegemaran mereka bergantung pada keperluan dan minat masing-masing. Jadi, apakah aplikasi pilihan rakyat Malaysia? Jom saya kongsikan!

1. WhatsApp

Aplikasi pertama yang sering menjadi pilihan orang ramai ialah WhatsApp. Hal ini kerana WhatsApp mudah untuk membalas pesanan kepada sesiapa pun. Bukan itu sahaja, WhatsApp juga boleh membuat panggilan audio dan panggilan video. Untuk berkongsi cerita juga boleh dilakukan di Status WhatsApp. Sejak dari tahun 2015, WhatsApp menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk berbalas pesanan dan membuat panggilan. Individu yang membuat perniagaan juga menggunakan aplikasi ini untuk berhubung dengan pelanggan kerana ianya lebih mudah dan simple.

2. Instagram

Instagram kini menjadi salah satu platform media sosial paling popular di kalangan rakyat Malaysia untuk berkongsi gambar dan video. Ramai pengguna tertarik dengan Instagram kerana ia membolehkan mereka memuat naik gambar yang menarik serta membina jumlah pengikut yang ramai. Dengan jumlah pengikut yang tinggi, pengguna berpeluang menjana pendapatan melalui “paid review,” iaitu dengan mempromosikan produk jenama lain. Selain itu, Instagram juga menjadi platform pilihan bagi peniaga untuk memasarkan produk mereka secara dalam talian, sekaligus membantu melariskan perniagaan. Lebih menarik, Instagram menawarkan ciri seperti Instagram Story yang membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video dalam bentuk cerita harian. Selain berinteraksi dengan rakan dan keluarga, pengguna juga boleh mengikuti perkembangan idola mereka dari pelbagai negara dengan mudah.

3. Shopee

Shopee merupakan aplikasi membeli-belah dalam talian terbesar di Asia Tenggara dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk urusan pembelian secara digital. Kepelbagaian barangan yang ditawarkan menjadikan Shopee platform yang mudah dan praktikal bagi pengguna untuk mendapatkan keperluan harian, barangan elektronik, pakaian, dan banyak lagi. Selain itu, Shopee menarik perhatian pengguna dengan tawaran penghantaran percuma bagi pembelian minimum RM15 ke atas, menjadikannya lebih jiimat. Tambahan lagi, Shopee juga membolehkan pengguna membeli barangan dari pelbagai negara seperti Korea, China, dan Indonesia pada harga yang berpatutan, memberikan lebih banyak pilihan kepada pembeli tanpa perlu keluar rumah.

4. Foodpanda

Kini, kita boleh menikmati kemudahan membeli makanan secara dalam talian tanpa perlu ke kedai dengan menggunakan aplikasi Foodpanda. Dengan hanya beberapa klik, pengguna boleh memesan makanan kegemaran mereka, dan pesanan akan dihantar terus ke pintu rumah oleh pekerja Foodpanda. Keistimewaan Foodpanda terletak pada caj penghantaran yang berpatutan serta perkhidmatan yang pantas dan efisien. Selain itu, para rider Foodpanda juga terkenal dengan sikap yang mesra dan peramah, menjadikan pengalaman pelanggan lebih menyenangkan. Bukan sahaja makanan, Foodpanda juga membolehkan pengguna membeli barangan dapur dengan mudah tanpa perlu keluar ke pasaraya, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan keselesaan dan kepantasan.

5. PUBG Mobile

Salah satu permainan video yang menjadi kegilaan remaja masa kini ialah PUBG (PlayerUnknown’s Battlegrounds). Permainan ini menarik minat ramai kerana ia membolehkan pemain bermain secara berpasukan dengan rakan atau bersaing dengan pemain lain dari seluruh dunia. Selain memberikan pengalaman permainan yang mendebarkan, PUBG juga membuka peluang kepada pemain untuk menjana pendapatan melalui pertandingan e-sukan yang dianjurkan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Beberapa pasukan dari Malaysia telah berjaya menjuarai pertandingan ini dan membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan. Populariti PUBG bukan sahaja tertumpu di Malaysia, malah ia turut dimainkan secara meluas di negara seperti Indonesia, China, Filipina, dan banyak lagi, menjadikannya salah satu permainan paling berpengaruh di dunia.

Our bespoke IT training and consultancy services are tailored to meet the unique needs of your business, empowering your teams to turn obstacles into opportunities.

Contact Us

  • 011.3703.7207 (WhatsApp)
  • elyzian.interactive [at] gmail.com
  • Mon to Fri, 9:00am to 5:00pm
  • H-9, 2, Jalan PP 25, Putra Walk, 43300 Seri Kembangan, Selangor
© 2017 - Elyzian Interactive PLT. All rights reserved.

5 Aplikasi Mobile Pilihan Rakyat Malaysia