#APACERITA? | Ada Apa dengan ‘Kereta Terbang’?

Apabila membaca berita yang tular tentang akan diadakan demonstrasi “kereta terbang” baru-baru ini, penulis langsung tidak tahu hendak berasa apa dan bagaimana:

1. Mungkin sebab sudah terlalu masak dengan gimik atau kaedah publisiti rendahan untuk meraih perhatian bukan-bukan dari warganet.

2. Tidak berapa mengerti apakah tujuan dan motif ia dibuat.

Oleh kerana itu, penulis lebih suka bercerita tentang pengalaman-pengalaman menarik mengenai “kereta terbang” yang lebih menyeronokkan untuk dikongsi bersama.

Seingat penulis, terdapat beberapa kenangan tentang kereta terbang sejak dari kecil yakni zaman kanak-kanak lagi.

Yang paling awal sudah tentulah menerusi siri televisyen animasi M.A.S.K: Mobile Armoured Strike Kommand (1985). Bermacam kenderaan termasuk kereta boleh bertukar menjadi pesawat terbang dan contoh yang paling mudah dapat saya berikan adalah Thunderhawk yang dipacu oleh Matt Trakker selaku ketua pasukan tesebut.

Misi dan modus operandi mereka persis pasukan IMF dalam Mission: Impossible serta berpadu tenaga menentang kumpulan pengganas bernama Venom.

Kemudian, siapa yang boleh lupakan dan abaikan kehebatan kereta terbang merentas masa berjenama DMC DeLorean.

Dr. Emmet Brown dan Marty McFly telah memberikan dimensi baharu dalam mendefinasikan semula konsep “time travel” dalam trilogi filem Back to the Future terbitan sutradara terkenal Steven Spielberg.

Dan beberapa contoh lagi yang boleh penulis berikan adalah kereta terbang dari The JetsonsJames BondStar WarsTotal Recall, Blade RunnerThe Fifth Element dan lain-lain lagi.

Maka berbaliklah kita semula kepada kereta terbang konsep yang di awal bicara kita tadi.

Apakah ia menggambarkan kereta terbang menjelang tahun 2020 yang kita impikan selama ini? Jelas ia sebenarnya bukan sebuah mimpi indah yang diimpi kenyataan. Tetapi mungkin juga igauan yang meracau kehampaan dan keraguan.

Our bespoke IT training and consultancy services are tailored to meet the unique needs of your business, empowering your teams to turn obstacles into opportunities.

Contact Us

  • 011.3703.7207 (WhatsApp)
  • elyzian.interactive [at] gmail.com
  • Mon to Fri, 9:00am to 5:00pm
  • H-9, 2, Jalan PP 25, Putra Walk, 43300 Seri Kembangan, Selangor
© 2017 - Elyzian Interactive PLT. All rights reserved.