Search

#APACERITA? | Retrospektif 2019

Kurang dua minggu daripada sekarang, kita akan masuk ke tahun baru.

Tahun 2020.

Tahun (yang sepatutnya tercapainya) Wawasan.

Apakah pencapaian terbaik kita pada tahun ini?

Apakah segala azam yang anda sasarkan berjaya dilaksanakan?

Apakah tahun 2019 yang bakal ditinggalkan bakal menjadi tahun paling cemerlang dalam hidup kita setakat ini?

Semua persoalan di atas adalah tanda tanya lazim dan tanya tanya khusus yang diajukan buat diri kita setiap kali tiba hujung tahun serta menjelang tahun baru. Tentang pengalaman dan persediaan. Tentang kekuatan dan kelemahan. Tentang harapan dan cita-cita. Tahap kemajuan serta sejauh manakah kita dapat menjangkau dan menerjah jauh ke ufuk progresif kita saban tahun.

Perbandingan juga tidak dapat dielakkan.

Perbandingan pencapaian-pencapaian kita yang telah lalu, perbandingan dengan orang dan kenalan di sekeliling kita dan perbandingan pada yang ada dan tiada.

Apakah hasil kerja kita pada tahun ini lebih kurang sama dengan tahun-tahun sudah atau jauh lebih baik keberhasilannya? Apakah fokus dan matlamat kita secara peribadi dan profesional dapat dilunaskan sepenuhnya?

Satu lagi set soalan yang perlu kita rebiu dan analisa.

Percaya atau tidak, masa akan tetap berjalan: Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun. Semua akan pasti akan bersilih ganti dan bertukar tempoh.

Bayangkan betapa banyaknya juga perkara yang dianggap mustahil tidak akan berlaku dalam hidup anda dan kita semua sudah berlaku. Baik dari sudut yang jelas kelihatan seperti senario politik, suasana ekonomi dan segala macam pasang-surut dan naik-turut iklim warta warga semasa di Malaysia ini. Kekuatan media sosial yang makin mengukuh cengkaman sehingga ‘tumbangnya’ media-media tradisional dan konvensional adalah satu contoh paling ampuh. Berita yang kita dengar 5 saat lalu tidak mungkin lagi akan sama dengan apakah laporan yang akan kita dapat 5 saat akan datang. Begitu pantasnya dunia berubah, sehingga menyebabkan ramai yang masih takut untuk berubah. Telefon pintar dan gajet digital di tangan anda sekarang ini sudah sebati ibarat jantung yang menyawakan manusia di alaf baru.

Maka fikirkanlah.

Maka muhasabahlah.

Maka berkeputusanlah dengan sebijaknya bagaimana ktia semua mahu melakar tahun 2020 kelak. Satu tahun yang pastinya akan mencipta lebih banyak sejarah-sejarah, kejutan-kejutan dan pencapaian-pencapaian luarbiasa buat mereka yang berwawasan.

Ini bukan amanat atau testimonial tahun baru.

Ini hanya mukadimahnya sahaja.

FM

Enquire Now

Hye, There

welcome Aboard

Elyzian

Courses

News

Projects

Our Services

About

Contact

Training

Team

Video

WhatsApp

Call

Mail

All Courses

News & Article

Terima Kasih

Pendaftaran anda telah berjaya dihantar. Sila semak emel anda untuk mendapatkan link Zoom bagi Webinar ini

Confirmation

Click confirm button below to submit the form