Search

#APACERITA? | Kualiti Konten vs Kuantiti Konten

Semakin lama semakin ramai dan berpusu-pusu warganet di media sosial berebut meraih konten serta trafik untuk portal mereka.

Ada yang menulis artikel, blog dan review untuk mengumpul followers, subscribers dan likers.

Ada yang menghasilkan vlog, video dan iklan untuk menderaskan aliran trafik hari demi hari, post demi post.

Ada yang membuat gimik dan publisiti untuk merekayasa suasana ‘kecoh’ asalkan meriah Facebook, Instagram dan Twitter mereka.

Tidak kira sama anda hanya orang biasa atau selebriti popular, pastinya kegiatan atau aktiviti sehari-harian di semua pelantar dan platform perlu diisi seadanya. Persoalannya sekarang adalah mana yang lebih utama dan lebih penting:

Kualiti atau kuantiti konten?

Jika disemak secara kasar pada pada pandangan peribadi penulis, kuantiti sudah semakin mendahului kualiti. Ada-ada sahaja isi cerita dan laporan berita tular di sana sini yang menyesakkan ruang media sosial dan newsfeed. Semakin kita skrol skrin peranti telefon atau komputer kita, semakin banyak pula konten yang masuk tidak kira dari mana atau daripada siapa. Penulis yakin ramai juga sudah ‘terperangkap’ dengan umpan klik (click bait) ciptaan licik mereka.

Tujuan sebenar kita membuka komputer atau telefon itu tadi pun tersasar beberapa minit malah beberapa jam entah ke mana-mana.

Kuantiti konten yang masuk tanpa ada saringan (filter) memang akan jadi kritikal.

Penulis juga kerap terperangkap sendiri dengan situasi ini. Satu hari habis 3-4 jam “sesat” jalan menonton YouTube dan melayan artikel yang bukan-bukan. Kualitinya belum tentu baik untuk dijadikan bekalan buat panduan tugas dan hidup.

Maka debat yang mana bagus di antara kandunga berkualiti atau banyaknya kuantiti dirasakan semakin tidak wajar jika dibahaskan secara terbuka. Kerana khuatir pula ada yang akan menjadi hipokrit kerana langsung tidak menapis bahan bacaan dan tontonan mereka di internet dari celik mata hinggap lelap tidur.

Jadi, beginilah..

Apa pun kita serap menerusi saluran internet dengan konten dan isi kandungan yang tidak akan habis sehingga hari kiamat, kita sendirilah yang tentu.

Tiada isu di sana. Tiada debat diperlukan.

Kita semua sudah cukup dewasa dan matang sendiri untuk buat keputusan.

Bak kata pujangga digital sekarang: Data masing-masing, kubur asing-asing. Tepuk powerbank, tanyalah selera.

Jangan nanti kerja tidak siap, salahkan orang lain pula kerana singgah ke Shopee susah nak keluar atau masuk ke YouTube terus tenggelam. Bukan hendak salahkan mana-mana pihak atau tuding jari kepada sesiapa.

Tetapi menegur juga diri penulis yang selalu sahaja lemas dilambung ombak ganas tsunami jalur lebar internet berkuasa hyperspeed.

Itu belum cerita esok lusa masuk 5G lagi tu!

Enquire Now

Hye, There

welcome Aboard

Elyzian

Courses

News

Projects

Our Services

About

Contact

Training

Team

Video

WhatsApp

Call

Mail

All Courses

News & Article

Terima Kasih

Pendaftaran anda telah berjaya dihantar. Sila semak emel anda untuk mendapatkan link Zoom bagi Webinar ini

Confirmation

Click confirm button below to submit the form