Seminggu selepas 2020.
Apakah pencapaian anda setakat ini? Apakah rekod yang telah dipecahkan selama 7 hari ini? Apakah kita sudah dan banyak berubah sejak seminggu yang lalu?
Apakah seluruh rakyat jelata dan warganet budiman serata alam Facebook dan Twitter telah mula berdamai serta berbaik-baik sangka antara satu sama lain?
Apakah pakar-pakar, teoris dan propagandis media sosial akhirnya melancarkan “gencatan senjata” dan berhusnuzon setiap kali benda baik atau sebaliknya berlaku?
Apakah perang sudah tamat.. di luar dan di dalam talian?
Apakah anda sudah menzahirkan azam tahun baru ini dengan baik?
Jika belum, dinasihatkan supaya lupakan 2020.
Mohon mundur ke belakang ke tahun 2019 kembali.
Harap maklum dan terima kasih.
FM