Sekiranya anda tergolong daripada golongan masyarakat umum, ada besar kemungkinan anda akan termasuk ke dalam dua kategori di bawah ini:
- Anda tidak sabar lagi menantikan kehadiran 5G kerana ia bakal mengubah hidup anda.
- Anda tidak tahu apakah signifikan atau tidak tahu langsung tentang kepentingan 5G apatah lagi maknanya dalam hidup anda.
Sekiranya anda tergolong dalam kategori yang kedua di atas itu, harap bertenang.
Ini adalah pencerahan buat anda.
5G merupakan standard terbaru dan generasi seterusnya untuk rangkaian tanpa wayar serta dijangka memberikan kelajuan melebihi tahap broadband kepada peranti selular anda.
Tidak kisahlah dari mana pun latarbelakang kita semua, memang terdapat banyak cakap-cakap orang atau hype berkenaan 5G sejak kebelakangan ini. Yang sebenarnya lebih banyak hype. Oleh kerana kita, apa kata kita terus sahaja potong kepada cakap-cakap orang dan hype tersebut dan dalami dulu definasi atau apakah yang perlu anda tahu tentang 5G.
Yang pertama: 5G memang laju.
Terlalu laju.
Berdasarkan apa yang kami tahu, rangkaian 5G adalah 200 kali lebih laju daripada kelajuan rangkaian LTE 4G. Kelajuan tahap ini hanya wujud di beberapa lokasi seluruh dunia sahaja tetapi apabila masa beredar, sudah pastinya ia akan ‘merebak’ jua ke serata pelusuk dunia.
5G mungkin tidak akan mengubah pengalaman layaran internet harian anda secara total. Namun begitu, sudah pastinya dari sudut urusniaga seperti perkongsian fail dan data, pengstriman video HD secara langsung, perisian dan pengkomputeran atas awan (cloud-based) tidak kira di mana jua berada.
Ia juga bukan sekadar untuk telefon dan peranti mobil.
Rangkaian data 5G adalah lebih laju berbanding dengan apa yang biasa anda gunakan menerusi telefon. Walalupun anda mahu strim video 4K secara langsung untuk acara penting dalam rutin hidup harian seperti perkahwinan dan kenduri-kendara, ia sebenarnya tidak gunakan pun sepenuh kemampuan sebenar 5G. Yang pastinya, bukan itu kegunaan hakiki 5G. Ia sepatutnya ditakrifkan sebagai definasi sebenar untuk internet pelbagai benda (internet of things) di mana setiap peranti di rumah atau perniagaan anda dihubungkan dan dapat dikawal menerusi atas awan.
Secara teori ini semua adalah tidak mustahil. Implikasi berurusniaga juga adalah besar.
Apa yang sedang digembar-gemburkan di kala ini sebenarnya bukan berada dalam tahap 5G pun. Di sinilah cakap-cakap orang dan hype berlaku. Lebih bercambah ke arah taktik dan strategi pemasaran semata.